Klook.com

10 August, 2007

Hari Kokurikulum
28 Julai 2007

Rasanya, hari koko tahun ini adalah lebih awal berbanding dengan tahun lepas iaitu pada 9 Sep 2006. Namun, segala aktiviti adalah berlainan berbanding dengan tahun lalu. Bagi saya pula, saya terpaksa membuka gerai ‘Little Rojak Hut’ untuk projek Pendidikan Sivik bersama ahli-ahli kumpulan yang lain. Pada tahun lepas, saya telah bersuka ria dan bermain sepanjang hari koko dilaksanakan. Saya dapat menangkap ikan bersamanya dan memperoleh sedikit sebanyak keseronokan serta kenangan manis bersamanya. Tetapi pada tahun ini pula saya perlu menjaga gerai, membuat rojak =.=” dan membuat promosi gerai. Saya tidak dapat lagi bermain sepanjang hari dan tidak dapat menghabiskan masa bersama ‘dia’. Dia telah meninggalkan sekolah dan tidak lagi akan pulang untuk sebarang aktiviti sekolah. Barangkali dia agak sibuk dengan kerja-kerjanya. Namun, saya terserempak dengan kawannya dan dia bertanyakan saya tentang hal-hal ‘dia’. Ketika kawan tersebut bertanya, “Bagaimana dengan ‘dia’ sekarang? Dengar kata dia telah melanjutkan pelajaran di XXX ye?” Pada masa tersebut, saya berasa agak hairan kerana kini saya sememangnya tidaklah masih rapat dengannya. Saya cuma mampu tersenyum dan tidak menjawab apa-apa. Dalam hatiku terbisik, segala yang telah berlalu biarlah berlalu, usahlah memikirkan kenangan yang telah dialami bersamanya. Asalkan kami masih berkawan, segalanya telah menjadi lebih baik daripada asal.

No comments:

Post a Comment

Comment here!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...