Klook.com

21 February, 2009

Kini kuhanya mampu melihatmu dari jauh, dari jarak yang tidak dapat tanganku capaimu. Hasratku yang tidak kesampaian tetap berada dalam hatiku yang tidak pernah berubah selama ini.

Kuperhatikan wajahmu yang sering kelihatan sugul itu. Aku pasti bahawamu tidak pernah berasa gembira walau bagaimana jua kamu mengukirkan senyuman yang seolah-olah benar pada wajah tersebut. Senyuman itu sememangnya mampu memberi bayangan yang palsu kepada semua insan suci di alam fana ini, kecualiku. Aku amat merindui kuntum senyuman yang riang, yang lahir daripada keikhlasan hatimu, yang tidak perlu menjadi bohong kehidupan harianmu. Senyuman yang unik itu membolehkan kuimbas kembali segala-gala yang tidak terhingga antara kami berdua.

Namun, segala yang terlepas tidak mungkin kukembalikan lagi. Apatah lagi akulah yang merosakkan kristal kebahagiaan tersebut. Dapatkah aku mengembalikan detik-detik kegembiraan tersebut? Ataupun mengubati hatimu yang bagaikan hempedu itu? Bak kata pepatah Melayu terlanjur sampan boleh undur tetapi terlanjur kata tidak boleh simpan, segala-galanya musnah dalam sekelip mata akibat sikapku yang sambil lewa pada zahirnya. Teringinku memberitahumu bahawa kutidak pernah memandang remeh tentang perkara ini. Ku sebenarnya amat mementingkannya sepertimu. Kutidak pernah melepaskan sebarang peluang untuk mengenalimu and merasai segala suka duka bersamamu. Bak kata pepatah Melayu tak kenal maka tak cinta, kutidak menyedari bahawa kutelah jatuh dalam perangkap tersebut. Perangkap yang penuh dengan segala iblis di dunia yang mampu mengubah diriku.

Segala-galanya tidak sama seperti dahulu lagi. Jika kuberpeluang untuk membuat pilihan sekali lagi, pasti kujanji kutidak akan menyesal seperti kini. Namun, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna kerana nasi telah menjadi bubur.

Walaubagaimanapun kumasih berharap untuk menjadi teman setiamu, kawan sejatimu dan tempat mumengadu segalanya. Adakah kami masih dianggap kawan? Ataupun mutelah berazam untuk menyisihkanku buat selama-lamanya? Keputusan kejammu tidak dapat kukawal. Tetapi yang benar-benar aku harapkan ialah persahabatan kami berkekalan hingga hari tua =) Mampukah kamu menganggapku sebagai "kawan"mu?

No comments:

Post a Comment

Comment here!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...