Klook.com

16 December, 2007

Waktu yang terhenti…berdetik kembali…

Waktu yang terhenti…berdetik kembali…

Dia termenung di jendela biliknya tanpa menyedari masa pantas berputar. Cuaca mula bertukar warna namun kegelisahan masih kuat merantai tangkai hatinya. Memang sukar baginya untuk menerima sesuatu yang belum pasti miliknya. Ingin diluahkan rasa hatinya namun tiada kata-kata yang terkeluar. Fikirannya yang tidak menentu menjadi batu penghalang untuknya berterus-terang. Akhirnya, segalanya dipendam sendiri dalam pelbagai perasaan yang bercampur baur. Sungguhpun wujudnya kasih yang bercambah subur bersama memori indah yang sukar digambarkan dengan kata-kata, namun segalanya harus berakhir setelah sedar daripada mimpi yang kian melesap.

Usahlah hatimu tersayat pedih mengenangkan kemungkinan yang bakal terjadi. Air mata yang mengalir lesu membasahi pipi gebumu sememangnya tidak berbaloi. Pernahkah mu tanyakan dirimu mengapa senyuman tidak mampu terukir sedangkan perasaan sedih tidak lagi menyelubungi hatimu? Usahlah dibaja benih kasih dengan harapan ia subur segar untuk menniti hari bahagia. Sebenarnya hidup tidak selalunya indah, kadang-kala mu akan diduga. Ketika itu mu memerlukan ketenangan untuk membuat keputusan. Mungkin laut serasi denganmu untuk mencari kedamaian dalam hati yang terguris ini.

Dapatkah segala kekeruhan ini dijernihkan dengan kematangan akal dan fikiran? Keluhan demi keluhan dilepaskan tetapi tiada satu pun yang dapat menenangkan hati dan perasaannya. Barangkali dia tidak larat lagi berfikiran matang buat saat ini. Dia pasrah. Walaubagaimanapun tidak lama lagi, segalanya ajan pulih seperti hari-hari kelmarin yang biasa dilalui. Tanpa kewujudannya, barangkali hidup dapat menjadi ceria dan berwarna-warni semula. Walau apa jua perubahan rentak hidupmu kelak, mu harus senantiasa tabah menghadapinya.

No comments:

Post a Comment

Comment here!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...